Friday, 28 December 2012

Persekitaran Selamat Untuk Kanak-kanak


Kita memang menyanyangi  anak. 
Sebagai ibubapa, kita akan sentiasa memeberikan apa yang terbaik buat mereka. 
Kita asyik risau tentang pemakanan anak, perkembangan, pertumbuhan, kesihatan, pendidikan dan seribu satu macam hal benda lagi.
Salah satu cabaran besar yang kita hadapi ialah
 melindungi kanak-kanak dari bahaya dan malapetaka. 
ini termasuklah jngkitan seperti batuk kokol demam denggi 
serta bahaya fizikal seperti kecederaan dan penculikan serta penderaan.
Hakikatnya, ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan.
 Data dari negara-negara membangun menunjukkan bahawa 
kecederaan meragut lebih banyak nyawa berbanding semua kematian
 akibat penyakit kanak-kanak. 
Bagi setiap kanak-kanak yang mati akibat kecederaan, 
terdapat lebih kurang 40 orang lagi yang dirawat di hospital dan
 1000 lagi yang dikejarkan ke wad kecemasan. 
Di Malaysia, Kecederaan adalah di antara punca utama 
kematian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.

15 peraturan keselamatan kanak-kanak


  • Jangan cuba mengambil apa2 jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja. Minta bantuan orang dewasa.
  • Jangan lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan.
  • Kemaskan alatan permainan supaya tidak terpijak dan jatuh.
  • Jangan buka tingkap sendiri dan jangan jenguk dari tingkap yang terbuka.
  • Jangan duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai.
  • Jangan berlari2 atau bermain2 di tangga.
  • Pegang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sesekali mengelongsor turun dari palang.
  • sentiasa pastikan tali kasut diikat dengan kemas.
  • Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa.
  • Jangan bermain atau meletakkan beg plastik dikepala.
  • jangan masuk kedapur jika tiada/ ditemani orang dewasa.
  • Jangan bermain dengan wayar langsir atau bidai. Ia boleh menjerut leher dan menyebabkan tercekik.
  • Jangan sentuh cawan, bekas, periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya.
  • Jangan sesekali bermain dengan api, mancis atau lilin.
  • Jangan melompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.


Barang persekolahan 2013


erm... tahun baru dh nak masuk.. 2013
ibubapa dan anak2 sibuk dok membeli peralatan persekolahan..
tak terkecuali ummie dan anak2..
last minit baru nk g membelinyer..
ramainya orang... berpusu2 membeli kelengkapan persekolahan..
Tahun 2013 kena bertambah lagilah budget...
iyelah kelengkapan Amir sama banyak ngan abang Long dan kakak..
Fardu Ain lagi... huhuhu..
tapi xpelah.. semua tu untuk anak2.. demi masa depan mereka..
 

Monday, 10 December 2012

Peti kecemasan

Peti Kecemasan..
Ermmm.. kena tau gak aper yang patut ada dalam peti kecemasan...

  • Buku Panduan Kecemasan
  • Kain Pembalut Kasa yang di steril dan kapas
  • Pita Pelekat
  • Kain pembalut luka pelbagai saiz
  • Pembalut luka elastik
  • kain pengelap antiseptik
  • krim antibiotik
  • cecair antiseptik (seperti hidrogen peroksida, acriflavine, gentian violet atau chlorhexidine)
  • krim hidrokortisona (1%)
  • paracetamol
  • prskripsi ubat-ubatan tambahan (jika anda sedang bersiap-sedia untuk melancaong)
  • Penyepit kecil
  • gunting yang tajam
  • Pin keselamatan
  • Pek sejuk mudah-buang
  • losyen kalamin
  • Kain lap beralkohol atau alkohol etil
  • termometer
  • sarung tangan plastik (sekurang-kurangnya 2 pasang)
  • Lampu suluh dan bateri tambahan
  • Senarai nombor kecemasan
  • Selimut (disimpan berdekatan peti kcemasan)
Selepas lengkap semua barang-barang dalam peti kecemasan, 

  • sentiasa periksa peti kecemasan dari masa kesemasa
  • Gantikan barang-barang yang sdah luput tarikh atau tiada lagi.
  • Simpan peti kecemasa di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak tetapi senang di capai orang dewasa.
  • Baca buku panduan supaya kita faham dan tahu bagaimana tuk menggunakan semua barang-brng di dalam peti tu.
  • Kalau ada anak-anak yang dh boleh baca, bacakan bersama mereka dan terangkan tentang peti tersebut.

Friday, 7 December 2012

Bendera malaysia

Kali nie Ummie nk citer lak pasal Bendera Malaysia...
Bukan aper anak-anak tanya pasal bendera Malaysia
Ummie pun search dalam internet..( nk tunjuk pandai la kononnyer kt anak2)
Tapi itu yg sepatutnya supaya anak2 lebih tau lg pasal Bendera Malaysia nie..
(kredit for Wikipedia) bnyak info yg berguna...
BENDERA MALAYSIA (JALUR GEMLANG)
 Bendera Malaysia @ aka jalur Gemilang mempnyai 14 jalur putih dan merah (melintang) yg sama lebar.
Bermula dengan jalur merah di atas dan berakhir dengan jalur putih dibawah.
14 jalur tandanya, 13 buah negeri (Johor, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah, Saramak) dan 1 kerajan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna Biru tua (sebelah kiri) sehingga ke Jalur merah yg kelima bermaksud Perpaduan rakyat Malaysia.
Gambar Bulan sabit bermaksud agama Islam agama rasmi negara.
Bintang bucu 14 bermaksud tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.
Warna kuning pula ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Nama Bendera Malayisa ditukar kepada Jalur Gemilang pada kemerdekaan ke-40 pada tahun 1997

Thursday, 6 December 2012

Cara Mudah Hindari Selsema!

Selsema merupakan jangkitan pada saluran pernafasan dan memberikan kesan pada salur hidung dan kerongkong.
Selsema boleh tersebar dengan mudah melalui batuk, bercakap ,bersin dan sentuhan secara langsung.
Bagi kanak-kanak yang dapat selsema boleh sapukan pada batang hidung kanak-kanak kunyit yang telah dicampur ngan kapur sireh.. Sapu sekerap mungkin pada hidungnya..
Ada juga yang menggunakan daun sireh. Ramas daun sireh dan lendirnya disapu pada hidung kanak-kanak.
Bagi orang dewasa pulak, boleh campurkan sedikit kapur sireh, minyak kayu putih dan perahan limau nipis. In Shaa Allah, klu amalkan dengan tetap, dalam sehari  boleh baik..
Kulit Kayu Manis
Pic di atas tu adalah Kulit Kayu Manis.. (buat saper2 yg blum lg kenal dengan rempah nie)  :)

Ader juga yang minum susu panas yang dicampur dengan serbuk kulit kayu manis. Ini boleh menghangatkan badan kita.
Klu tak berkesan juga, bolehlah kunyahkan kulit kayu manis tu...
hehehe.. lagi power... Ianya boleh mengurangkan lelehan hingus dan mengurangkan selsema...
paling penting basuh dulu kulit kayu manis tu... nanti len lak jadinyer...

Wednesday, 5 December 2012

Power Ranger

Power Ranger
Citer kegemaran anak2 ummie...
Ibi yang beria2 suruh ummie carikan gmbr Power rangers nie...
nk kaler katanyer... iyelh kan cuti ekolah xder aper2 nk wat kt umah...
so layan internet ajelah... pah tu tukang print ummie nilah....
Cari2.. rupanyer banyak siri kisah power ranger ni yek.... 
Ummie suka tengok gaya pakaian dia yg bertukar setiap musim ... cantik sangat...
ummie xcam dari siri2 yh maner, tapi Ibi dan Abelong boleh tau...
Bijaknyer kanak-kanka2 nie yek...
boleh tau dari siri yg maner dan setiap nama lagi...
Power Ranger nie iyelh manusia biasa yang akan bertukar kepada hero/heroin yang sangat berkuasa dan kuat bila berlawan dengan penjahat...
Mighty Morphin Power Ranger (1993 - 1995)
Mighty Morphin Power Ranger siri yang pertama di keluarkan pada tahun 1993 - 1995
Power Ranger nie ader senjata pistol dan laser setiap orang dan yg bestnyer senjata mereka boleh bergabung dan menjadi senjata yang lebih kuat dan besar..

Mighty Morphin Alien Rangers(1996)
Mighty Morphin Alien Rangers keluaran pada tahun 1996
Setiap tahun/siri citer nie adalah berbeza tema dan design pakaiannyer.

Power Rangers Zeo(1996)
 Power Rangers Zeo keluaran pada tahun 1996

Power Rangers Turbo(1997)
Power Rangers Turbo keluaran pada tahun 1997

Power Rangers In Space (1998)
Power Rangers In Space keluaran pada tahun 1998
Power Rangers Lost Galaxy(1999)
Power Rangers Lost Galaxy keluaran pada tahun 1999

Power Rangers Lightspeed Rescue (2000)
Power Rangers Lightspeed Rescue (2000)

Power Rangers Time Force(2001)
Power Rangers Time Force(2001)

Power Rangers  Wild Force(2002)
 Power Rangers  Wild Force(2002)
Power Rangers  Ninja Storm(2003)
Power Rangers  Ninja Storm(2003)
Power Rangers  Dino Thunder(2004)

Power Rangers  Dino Thunder(2004)

Power Rangers S.P.D.(2005)
Power Rangers S.P.D.(2005)

 
Power Rangers Mystic Force(2006)
Power Rangers Mystic Force keluaran pada tahun 2006

Power Rangers Operation Overdrive(2007)
 Power Rangers Operation Overdrive(2007)
Power Rangers Jungle Fury(2008)
Power Rangers Jungle Fury(2008)
power-rangers-rpm (2009)
power-rangers-rpm (2009)
Power Rangers Samurai (2011)
Power Rangers Samurai (2011)

Hehehe... ok tak Research yang Ummie buat?
sajer2 untuk ilmu dan juga senang nk jawab bila anak2 tanyer...
Buat peminat tegar Power Ranger, klu ader info/ sesuatu  yang salah mohon maaf yek..

Saturday, 1 December 2012

CSI (Crime Scene Investigation)




ummie nk citer lagi...
kali nie pasal CSI (crime Scene Investigation)..
Ummie minat sngt ngan citer nie....
cik hubby pun dh terikut2 ngan minat ummie..
anak2 apalagi... ummie nieh, asyik csi jer.. heheee..
yang paling ummie minat ialah CSI: Las Vegas dan yg nie adalah yg paling lama sekali..
pah tu ader mcm CSI yg ader...
citer ala2 CSI pun ader... mca2 ader..
Citer CSI ni asalnya dari Amerika dan terbitan pertamanya pada tahun 2000 
ditulis oleh Anthony E.Zuiker
CSI season 1

CSI season 2

CSI season 3

CSI season 4

CSI season 10

CSI season 11