Friday, 28 December 2012

Persekitaran Selamat Untuk Kanak-kanak


Kita memang menyanyangi  anak. 
Sebagai ibubapa, kita akan sentiasa memeberikan apa yang terbaik buat mereka. 
Kita asyik risau tentang pemakanan anak, perkembangan, pertumbuhan, kesihatan, pendidikan dan seribu satu macam hal benda lagi.
Salah satu cabaran besar yang kita hadapi ialah
 melindungi kanak-kanak dari bahaya dan malapetaka. 
ini termasuklah jngkitan seperti batuk kokol demam denggi 
serta bahaya fizikal seperti kecederaan dan penculikan serta penderaan.
Hakikatnya, ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan.
 Data dari negara-negara membangun menunjukkan bahawa 
kecederaan meragut lebih banyak nyawa berbanding semua kematian
 akibat penyakit kanak-kanak. 
Bagi setiap kanak-kanak yang mati akibat kecederaan, 
terdapat lebih kurang 40 orang lagi yang dirawat di hospital dan
 1000 lagi yang dikejarkan ke wad kecemasan. 
Di Malaysia, Kecederaan adalah di antara punca utama 
kematian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.

No comments:

Post a Comment