Thursday, 24 January 2013

BMI atau IJT kanak-kanak

Mengukur berat badan dan ketinggian serta mengira IJT kanak-kanak
STEP 1 :-
MENGUKUR BERAT BADAN

Apabila mengambil berat badan kanak-kanak, 
pastikan mereka tidak berkasut dan berdiri tegak

STEP 2 :-
MENGUKUR KETINGGIAN
Ukur kanak-kanak di atas lantai yang tidak berkarpet.
Mereka juga seharusnya bersandar rapat pada dinding.
(Lihat seperti gambar) " pic memang bersesuaian.. Cari dlm google ler...."
Suruh mereka bersandar pada dinding, kaki hendaklah tegak, tangan disisi,
dan bahu sama rata.Dia hendaklah pandang tegak ke depan.
Ukuran diambil ketika dia berdiri dengan kepala, bahu, punggung
dan tapak kakinya mencecah pada permukaan .
Perlu gunakan sekeping kadbord rata dan turunkan sehingga
kadboard mencecah kepalanya.
Pastikan mata kita berada paras yang sama dengan kadboard.
Tandakan tempat di mana bahagian bawah kadboard bertemu dengan dinding
 dan gunakan pita ukur dan ukur dari lantai sehingga pada tempat bertanda di dinding
 untuk mendapatkan ketinggiannya
 (rekodkan ketinggian pada 0.1 cm yang terdekat)

STEP 3 :-
MENGIRA INDEKS JISIM TUBUH (IJT) ATAU BMI

Setelah mendapat ukuran berat dan tinggi kanak-kanak, berikut adalah cara mengira IJT mereka,
Contohnya,
 IJT Amir, berumur 3 tahun dengan berat badan 15 kg dan dengan ketinggian  96 cm (0.96 adalah :, 

          15       = 1.63
(0.96 x 0.96)

setelah IJT mereka diukur, gunakan carta pertumbuhan yang disediakan
 untuk menentukan sama ada kadar pertumbuhan mereka memuaskan berbanding dengan 
piawaian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Bagaimana saya membesar (8)

KESEJAHTERAAN EMOSI
Kanak-kanak yang aktif dan cerdas
lebih cenderung menguasai kemahiran interaksi
secara sosial. Ini akan meningkatkan lagi
keyakinan diri mereka.
Dalam hal ini. kesejahteraan emosi boleh 
dibentuk melalui pergaulan kanak-kanak itu sendiri.
Ianya melalui rakan sebaya, orang yang lebih tua
dan persekitaran mereka itu sendiri.
kanak-kanak yang mempunyai kemahiran interaksi
yang tinggi akan mempunyai keyakinan diri.
Ini akan membentuk keperibadian diri yang tinggi dalam
diri mereka sendiri.

Bagaimana saya membesar (8)

KEMAHIRAN FIZIKAL
Fasa tumbesaran adalah tempoh yang amat penting 
semasa pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Ianya semakin penting apabila meraka mula
menguasai kemairan motor kasar dan motor halus
dan juga keupayaan mengimbangi diri.
Ini membolehkan mereka bergerak secara teratur, lebih cergas 
dan mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks
seperti menari dan juga bermain bola.
Kemahiran fizikal akan mempengaruhi kemampuan
mereka untuk menulis, melukis dan mewarna
yang merupakan amat penting dalam perkeembangan 
intelektual mereka.

Izat pun ingin menaip juga..

mm      6nnnnnnnjjjjjjjj bsdchvjdvbcjnk k

Bagaimana saya membesar (7)

SISTEM IMUN
Sistem imun juga merupakan perkara yang tidak boleh dipandang ringan 
dalam tumbesaran dan pertumbuhan kanak-kanak.
Sistem imun (pertahanan) akan mulai matang dan ini bererti
 ianya berfungsi pada peringkat  tumbesaran.
Badan akan sentiasa diserang virus, bakteria dan parasit.
Sistem imun yang cekap dapat.
mengenalpasti, menyerang dan memusnahkan bendasing ini.

Wednesday, 23 January 2013

Bagaimana saya membesar (6)

TULANG
 Apabila tulang-tulang  kanak-kanak membesar,
 mereka akan membesar,
apabila mereka membesar, mereka akan menjadi lebih tinggi.
Dan ini akan menyebabkan bentuk tubuh badan 
mereka kelihatan lebih matang

Bagaimana saya membesar (5)

OTAK DAN SISTEM SARAF

6 tahun pertama merupakan kehidupan
kanak-kanak yang snagat aktif dan sensitif.
Masa inilah tempoh pembentukan dan
kematangan saraf akan berlaku.
Berbilion sistem saraf  yang terdapat dalam otak  kanak-kanak
akan memberikan mereka pengalaman deria baru
yang akan dialami oleh mereka.
Oleh itu, tidak hairanlah bila saiz otak mereka
akan berkembang sebesar saiz otak
orang dewasa bila umur mereka sudah 
mencapai umur 10 tahun.


Bagaimana saya membesar (4)

GIGI
Kanak-kanak seharusnya mempunyai
set gigi susu yang lengkap pada umur mereka 2 1/2 tahun.
Pertumbuhan gigi mereka akan membantu perkembangan rahang mereka
dan membolehkan mereka untuk makan pelbagai
jenis makanan.
Dan selalunya mereka akan mempunyai 
set gigi kekal selepas umur 6 tahun.

Bagaimana saya membesar (3)

OTOT-OTOT

 Perkembangan  otot-otot kanak-kanak
akan  memberikan kekuatan kepada mereka
apabila mereka semakin aktif.
Apabila mereka berumur 5 tahun,
35% daripada berat badan mereka adalah
berat otot-otot mereka..

Bagaimana saya membesar (2)

KETINGGIAN DAN BERAT BADAN

Berat badan kanak-kanak boleh meningkat sehingga 2-3 kg dalam setahun.


Dan ketinggian mereka boleh meningkat sehingga 6-8 cm setahun..

Bagaimana saya membesar (1)

Bagaimana saya membesar..
terfikir nak tulis entri nie coz
ader dalam Tema bagi kanak2 umur 3 tahun.
Ini merupakan tema baru bagi tahun 2013.
Susah gak rasanya tema nie, but inilah cabaran... ngeee
Ummie  jaga dan mengajar knk2 berumur 3 tahun pada tahun nie...
mereka sangat comel dan keletah,,
tapi kekadang tu.. tak larat sangaat..
iyelah ngan perangainya yg macam2
dan ummie yg nak bermain ngan mereka
Comel sngat mereka nie...
Ngajar mereka pun cam tak berapa nk dapat..
 Main banyak..
tapi dalam main2 tu mereka sebenarnya banyak belajar..
Semoga mereka membesar dan keadaan sihat dan cerdas..

Pilih Makanan sihat

Pilih makanan yang sihat??
Ermmmm.. susah gak nak pilih makanan yang sihat
untuk anak-anak dan family...
Cik Hubby dan anak2 kurang makan sayur...
klu masak sayur, Ummie jer yang jadi tukang perabihnyer...
Tapi kita sebagai ibubapa perlu prihatin akan pemakanan anak-anak dan family.
Kita juga seharusnya  berusaha  untuk memberikan
makanan yang pelbagai dan seimbang agar
mereka dapat membesar dan sentiasa sihat.
Bak kata ini adalah asas untuk menjamin gaya pemakanan
yang sihat sepanjang hayat dan dapat memelihara kesejahteraan hidup mereka 
sepanjang hayat (sekarang dan masa depan)