Thursday, 24 January 2013

BMI atau IJT kanak-kanak

Mengukur berat badan dan ketinggian serta mengira IJT kanak-kanak
STEP 1 :-
MENGUKUR BERAT BADAN

Apabila mengambil berat badan kanak-kanak, 
pastikan mereka tidak berkasut dan berdiri tegak

STEP 2 :-
MENGUKUR KETINGGIAN
Ukur kanak-kanak di atas lantai yang tidak berkarpet.
Mereka juga seharusnya bersandar rapat pada dinding.
(Lihat seperti gambar) " pic memang bersesuaian.. Cari dlm google ler...."
Suruh mereka bersandar pada dinding, kaki hendaklah tegak, tangan disisi,
dan bahu sama rata.Dia hendaklah pandang tegak ke depan.
Ukuran diambil ketika dia berdiri dengan kepala, bahu, punggung
dan tapak kakinya mencecah pada permukaan .
Perlu gunakan sekeping kadbord rata dan turunkan sehingga
kadboard mencecah kepalanya.
Pastikan mata kita berada paras yang sama dengan kadboard.
Tandakan tempat di mana bahagian bawah kadboard bertemu dengan dinding
 dan gunakan pita ukur dan ukur dari lantai sehingga pada tempat bertanda di dinding
 untuk mendapatkan ketinggiannya
 (rekodkan ketinggian pada 0.1 cm yang terdekat)

STEP 3 :-
MENGIRA INDEKS JISIM TUBUH (IJT) ATAU BMI

Setelah mendapat ukuran berat dan tinggi kanak-kanak, berikut adalah cara mengira IJT mereka,
Contohnya,
 IJT Amir, berumur 3 tahun dengan berat badan 15 kg dan dengan ketinggian  96 cm (0.96 adalah :, 

          15       = 1.63
(0.96 x 0.96)

setelah IJT mereka diukur, gunakan carta pertumbuhan yang disediakan
 untuk menentukan sama ada kadar pertumbuhan mereka memuaskan berbanding dengan 
piawaian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

No comments:

Post a Comment