Persediaan untuk menyambut kedatangan cahayamata
Sebelum membawa pulang cahayamata dari hospital,
pastikan rumah kita selamat terlebih dahulu.
Mulakan dengan langkah-langkah asas dan
ubah mengikut kesesuaian apabila bayi semakin membesar.
TEMPAT YANG PALING SELAMAT BAGI BAYI TIDUR
ADALAH DI DALAM KATIL BAYI.
Buaian atau kain sarung tidak selamat kerana bayi mudah terjatuh.
Apa yang perlu ibubapa tahu tentang katil bayi.
- Skru, selak dan kancing mesti dipasang dengan kemas dan betul
- supaya katil bayi tidak mudah roboh.
- Pastikan tiada bucu yang tajam atau skru, selak dan kancing yang terdedah yang boleh melukakan bayi atau menyentap pakaian membuatkan bayi tercekik dan mengalami kecederaan
- Tilam mestilah muat dengan katil. Pastikan ruang kosong di antara tilam dan bahagian tepi katil tidak melebihi dua jari.
- Ruang antara palang-palang katil bayi tidak lebih dari 6 cm. Jika ruang terlalu besar, bayi boleh terbolos dan tersangkut antara palang.
- Palang atas katil bayi adalah yang boleh laras ketinggian mengikut tinggi dan rendah. apabila palang dinaikkan, ianya mestilah berukuran 65 cm dari bahagian bawah tilam bagi mengelakkan bayi dari terjatuh. Apabila palang diturunkan, ia mestilah berukuran sekurang-kurangnya 23 cm dari bahagian bawah tilam.
- Ketinggian setiap katil bayi seharusnya mempunyai 2 - 3 laras ketinggian yang boleh diubahsuaikan. Mulakan dengan bahagian asas tilam di ketinggian paling tinggi dan rendahkan apabila bayi semakin membesar. Di aras tertinggi, pastikan ukuran dari bahagian atas tilam ke palang atas katil bayi tidak kurang dari 30 cm.
- Pasang penghalang alas lembut di sekeliling katil bayi dan ikat dengan selamat supaya ia ketat dan tidak mudah tertanggal.
- Pastikan katil bayi mempunyai cat dan kekemasan yang tidak berbahaya dan tahan lama.
- jangan guna alas tilam plastik. Ia boleh melekat ke muka bayi dan menyebabkan lemas.
- jangan letakkan katil bayi berdekatan dengan tingkap, langsir, lampu, wayar dan peralatan elektrik (spt kipas) atau perabot yang boleh digunakan bayi untuk memanjat keluar.