Tuesday, 23 April 2013

KEPERLUAN KANAK-KANAK

Fields dan Boesser (1994) telah menghuraikan beberapa keperluan kanak-kanak
 yang akan menyebabkan mereka menunjukkan tingkahlaku bermasalah 
sekiranya tidak dipenuhi..

1. Privasi

kanak-kanak inginkan ruang atau kebebasan untuk menyendiri. sperti, mereka ingin bermain atau membaca secara bersendirian.

2. Kuasa

Kanak-kanak juga inginkan kuasa untuk menentukan dirinya sendiri. Seperti, mereka ingin memilih pakaian ke sekolah sendiri .Pemilihan dari segi  makanan dan alatan mainan mereka sendiri.

3. Memiliki barang peribadi.

Kanak-kanak ingin memiliki barang-barang sendiri. Mereka tidak ingin berkongsi dengan orang lain samaada rakan dan juga ahli keluarga

4.Perhatian

Kanak-kanak inginkan perhatian. selalunya meraka akan menangis supaya dapat memberitahu orang tentang keperluan mereka.


5. Penerokan dan cabaran

Kanak-kanak ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka meneroka dunia dan persekitran  disebabkan perasan ingin tahu. Kanak-kanak akan mencuba sesuatu tingklahlaku utnuk melihat kesan daripada tingkahlaku tersebut

6. keselamatan

Keprluan keselamatan yang ingin diperlukan oleh kanak-kanak bukan sahaja dari segi fizikal tetapi emosional. Memalui interaksi, kanak-kanak belajar untuk menghargai dan menerima dirinya sendiri dan orang lain.

7. Kasih sayang dan penerimaan

Kanak-kanak ingin disayangi dan diterima sadanya oleh orang lain. Apabila mereka merasakan  terbiar, mereka akan rasa rendah diri dan sifat kendiri yag negatif akan terbentuk.

No comments:

Post a Comment