Friday, 30 November 2012

Berkhatan

Berkhatan or Bersunat..
Ermmm... abang Long dh berumur 10 tahun...darjah 4
tahun depan 2013 masuk tahun 5, 11 tahun..
dh besar  rupanya anak ummie nie...
dh tiba masanya untuk berkhatan..
wat sekali ngan sepupu-sepupunya..
Ummie cari-cari gak info pasal berkhatan nie...
katanya...
berkhatan adalah pembedahan kecil bagi membuang kulit hujung (munjung ) zakar.
tujuan utamanya adalah bagi menjaga kebersihan dan itulah yang dituntut dalam Islam.
seelok-eloknya dilakukan bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke 12 tahun..
Tapi kita sebagai ibubapa perlulah pastikan anak-anak bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum berkhatan. Ini bagi mengelakkan berlakunya kompilasi.
Hehehe.. Abang Long dh bersedia... Itupun dia asyik tanya jer bila nk bersunat... dh bersedialah tu...
ermmm... satu tips bagi kanak-kanak yang takut nak berkhatan nieh....
Bawa anak ke rumah jiran or kawan-kawan dia yang sedang bersunat...
Biar dia tanya kawan tersebut tentang bersunat.. Biar di adok cerita sesama mereka...
kat situ kang, timbulnya keinginan dia nk bersunat...
tapi yang penting dari kitalah... dari ibubapa itu sendiri...
kena terangkan dan citerkan  tentang bersunat nieh...
Abang Long lak, ngikut sepupunya yang nak sangat bersunat...
ok gak ader penggalak dan peneman...
hehehe... dah besar anak ummie nieh...

ader gambar skit...
baru update..

3 sepupu yang baru nak masuk  bersunat

abelong yang baru selesai... muka riang ajer...


ditemani nenek.. ummie masuk gak tapi nenek setiap cucu dia masuk..

Monday, 19 November 2012

berakhirnya sem 2

ari nie dh boleh bLIK YEEE...
petang nie ade satu lagi paper Keusahawanan
habis exam, terus balik... barang2 pun siap kemas..
berakhir sudah sem 2...
sem 3 TUNGGGGGUUU..



 

Association of South East Asian Nations ((ASEAN)

Malaysia dan Organisasi Antarabangsa ASEAN (Association of South East Asian Nations)
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN)
ditubuh kan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok melalui Deklarasi Bangkok.
 Keahlian ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Tahiland. Brunei menyertai ASEAN pada 1984 diikuti Vietnam (1995), Laos dan Myanmar (1997) dan Kemboja (1999).

Matlamat penubuhan ASEAN:-

  • Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
  • Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di Rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
  • Memberikan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan.
  • Meningkatkan taraf hidup dalam kalangan penduduk negara anggota melalui kerjasama dalam bidang pertanian dan perdagangan.
  • Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Dasar Pendidikan Kebangsaan (1) ~ Penyata Razak (1956)

Di antara  cadangan bagi pembentukan sistem Pendidikan Kebangsaan dalam Penyata Razak ialah:-
  • Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.
  • Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
  • Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
  • Bagi sekolah jenis kebangsaan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar.
  • Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
  • Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
  • Guru-guru sekolah menengah dan sekolah rendah adalah berkelayakan.
  • Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah menengah Atas (SMA), dan prauniversiti.
  • Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

kepentingan Perlembagaan

Beberapa kepentingan Perlembagaan ialah:-
  • Perlembagaan bertujuan menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip umum tentang cara kuasa tersebut dilaksanakan.
  • Perlembagaan menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang ramai. Perlembagaan menentukan hak asasi orang ramai seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
  • Perlembagaan menentukan tanggungjawab penduduk dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang melayu dengan bumiputra Sabah Sarawak yang tidak bleh dipersoalkan dan penting bagi mengelakkan perseketaan kaum.
  • Perlembagaan memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara, melindungi kepentingan semua kaum serta menjamin keadilan sosial antara kaum. Ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.


Wednesday, 14 November 2012

Defini dan konsep perlembagaan

perlembagaan ialah
 satu dokumen yang mengandungi 
 semua susunan peraturan dan undang2 
 dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. 
Perlembagaan berfungsi menentukan
 bidang kuasa pemerintahan , bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak orang ramai
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar
 yang menetukan cara pemerintahan sebuah negara 
 dijalankan serta menerangkan kuasa-kuasa
 yang dimiliki oleh pelbagai anggota sesebuah negara,
 hak-hak yang dimiliki 
oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang diperintah.

Saturday, 10 November 2012

presentation


kena buat presentaion dalam Bahasa Inggeris.....
WWAAAAA....
lak tu ummie yg kena jadi 'cikgu'.. waaaaa nangis lagi
tapi ok gak boleh improve my english
tajuk aktiviti 'tepung Magic'
 yg duduk tu, semua jdinya kanak-kanak
yg berdiri tu lah'cikgu'
'tepung magic' ni menggunakan tepung ubi..
tepung ubi tu dicampurkan dengan warna dan air
biar jadi cair
bila dh cair gaul2kan dan angkat adunan tu..
dan yang magicnya tepung tu akan meleleh clah jari jemari
seolah2 air.. sedangkan ianya tepung..
magic sunggh..
dan terima kasih buat kengkawan/kanak-kanak2 yg sporting..
huhuhuhu...

Suruhanjaya Reid

Satu suruhanjaya perlembagaan  yang dikenali sebagai
 Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1956 mengubal
satu perlembagaan bagi Tanah Melayu yang
 berasaskan kepada pemerintahan demokrasi berparlimen.
Suruhanjaya Reid diminta mengambil kira perkara-perkara berikut
 dalam mengubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu :
  • mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri.
  • Menjelaskan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan
  • Memilih seorang Ketua Negara yang dipilih dalam kalangan Raja-raja Melayu.
  • Mewujudkan satu rupa bangsa bagi seluruh negara.
  • mengekalkan kedudukan istimewa bagi orang Melayu.
Suruhanjaya Reid menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak
 termasuklah daripada orang perseorangan dan parti politik.
Memorandum daripada Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan
 merupakan 2 memorandum yang dianggap paling penting
 setelah mengadakan 81 kali perjumpaan,
 laporan Suruhanjaya Reid disiapkan pada akhir 1956.
 Pada umumnya rang undang-undang ini diterima dengan sedikit pindaan
dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada Julai

Friday, 9 November 2012

Perlembagaan


Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.
Ianya merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada
2 dokumen sebelumnya iaitu :-
  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan
nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956.
Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan.

Pada umumnya terdapat beberapa ciri penting
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Antara ciri penting Perlembagaan ialah:-
  • Ketua Negara bukan politik yang dinamakan Yang Di Pertuan Agong
  • Badan Perundangan terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Perkhidmatan awam bersifat berkecuali dan badan-badan kehakiman yang bebas.
  • Kedudukan istimewa orang Melayu berasaskan Perkara 153 dan kepentingan sah kaum lain
  • Ditetapkan satu kewargaan untuk kelahiran atau memenuhi keperluan kediaman, bahasa, ikrar dan taat setia.
Rujukan :Pengajian Malaysia dan Kenegaraan, Mohd Kamal Kamaruddin,(2011) Nusamas 
http://pmr.penerangan.gov.my/

School Holiday

Cuti sekolah dah bermula...
sukanya anak-anak ummie..
macam2 yg dah mereka rancangkan
nk pergi sana, nak pergi sini
ada yang nak g Gambang Water Park,
ada yang nak  balik kampung jumpa opah dan aki
ada yang nak g jln2 East Cost Mall
nak beli CD games..
hurmmmm macam2 karenah anak ummi nie..
sabarlah sayang, nanti kiter g yek..
Ummie kat UPSI lg
minggu depan ummie balik kita jln2 yek..

Thursday, 8 November 2012

falsafah Program PERMATA Negara


Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan didik 
bagi mengembangkan sahsiah, potensi dan kecerdasan mereka
 agar dapat menguasai 
kemahiran berkomunikasi, awal literasi, awal matematik, pemikiran logik dan 
pengetahuan asas tentang dunia persekitaran, 
disamping kemahiran mengurus diri, dan amalan nilai-nilai murni
 agar menjadi individu yang bersahsiah mulia, berdikari, berintelek tinggi, patriotik dan 
dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi moden dan
 persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan antarabangsa.
 Usaha ini memerlukan komitmen dan kolaborasi
 antara pendidik, ibubapa dan komuniti kerana
 setiap kanak-kanak umpama permata yang tidak ternilai harganya.

Falsafah Pendidikan Awal kanak-kanak


Setiap kanak-kanak mmepunyai potensi yang unik
dan boleh dikembangkan secara holistik 
berteraskan kepada nilai-nilai murni, kerohanian dan intelek 
dalam persekitran yang bersesuaian dan merangsangkan 
bagi melahirkan modal insan negara yang
 berakhlak mulia, mempunyai jati diri dan
 berkeupayaan mengadaptasi kepada perkembangan global.
 usaha ini memerlukan komitmen yang berterusan
 antara pendidik, ibu bapa dan komuniti

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah usaha yag berterusan 
bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
 dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
 dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
 berdasarkan kepecayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
 mencapai kesahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap 
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Mata, hati dan jiwa


Ya Allah, 
berikan aku sepasang mata 
yang mampu melihat kebaikan orang lain
sekeping hati 
yang mampu memaafkan kesalahan orang lain
minda yang 
mampu melupakan kepahitan
dan jiwa yang 
tidak pernah rapuh Imannya
AAminn....

Mengenali dan menguasai


 Mengenali orang lain adalah satu kepintaran
Mengenali diri sendiri adalah bijaksana,
menguasai orang lain adalah kekuatan,
Menguasai diri sendiri adalah keyakinan,

Tupperware dan Aprikot Nutrimetic

Tadi g stokist tupperware.. 

nak beli Nutri Rich oil..

sekarang nie, klu nk beli brg2 Nutrimetic dh kena beli kt Tupperware...
coz mulai tahun 2012, 
Nutrimetic dah joinventure ngan Tupperware..
so, td pergilh ke tupperware 
ngan Angah dan Makyang...
Duit ader RM150 jer... 
Iyelah Nutri Rich Oil cuma RM125.00 
sampai2 kt tupperware, 
aderlah dia display botol air 
Mickey Mouse (1 set 4 biji)..
Apalagi... si anak dara koi tu pun 
merayu dan merengek nk bekas air tu...
ARRRRGhhhh.. tensionnyer ummie,
duitdh lah xcukup..
nak tunggu gaji lmbt lg...
tapi botol air tu lawa gak..
ummie pun berkenan,,
yg xberkenannyer... 
pricenyer
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM78.90 FUHHH..
klu campur lak ngan nutri rich oil tu, 

xker jd RM203.90 SAHAJA...

huhuhu... sedeynyer duit xcukup...
tapi,
beli gak kedua2nyer...
terpaksalah pinjam duit Makyang dulu....
(thanks Makyang... nanti bayor yek...)
klu xbeli bekas air ...
Incik hubby akan cakap..

"OOOOOOOO... MAKE-UP UMMIE BELI, TAPI BEKAS AIR TUK ANAK XDER DUIT LAK NK BELI"

huhuhu... tu yg xsanggup tu...
oh..incik hubby.

Andai

-->
(¯`♥Andai ingin MENANGIS ,menangislah dengan TANGISAN kepada dosa dosa yang telah dilakukan.."´¯)

(¯`♥
Andai ingin MARAH,marahlah dengan KEMARAHAN kepada mereka yang mempersendakan agama Tuhan.."♥´¯)

(¯`♥
Andai ingin SABAR,sabarlah dengan KESABARAN kepada segala takdir yang telah ditentukan.."♥´¯)

(¯`♥
Andai ingin DIAM,diamlah dengan DIAM kepada perkara yang boleh mensia-siakan dan membinasakan.."♥´¯)

UPSI

dh lama x update blog...
iyelah sejak sambung belajar nie sibuk sesangat...
ummie dpt sambung belajar ke UPSI...
suka sesangat...
kata en hubbby dh tua2 baru nk sambung belajar...
hehehe... sadis juga mendengornyer....
tapi ummie mendapat sokongan penuh drpd nenek dan family mertua...
cuma en hubby jer kurang 20% sokongan...
bukan aper en hubby risau kan anak2 yg masih kecil..
terutama izzat yg baru berumur 6 bulan...
teringatkan izzat.. cian kt dia dh kena tinggal...
tapi itulh pengorbanan...
nenek terpaksa menjaga izzat pada waktu malam....
dan en hubby plak terpaksa uruskan persekolahan abelong, angah dan Iby....
terima ksih buat semua yg banyak berkorban demi ummie...
dan buat en hubby doakan yg terbaik buat kita semua....

Sunday, 4 November 2012

Kohort 4 (Sem 2)

Subjek bagi kuliah semester 2 sesi 2012/2013
program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (UPSI - KEMAS)
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

HNS 2012 - Pengajian Kenegaraan
PKU 1013 - Keusahawanan
KAS 1033 - Perkembangan Kanak-kanak Dari Perspekif Pendididkan
KAQ 1023 - Falsafah, pendekatan & kandungan Kurikulum PERMATA
QSC 1011 - Kokurikulum

dapat kaki

Izzat dah dapat kaki...
umur izzat dh nk masuk setahun..
2 Nov 2012 adlah kali pertama izzat bertapak dalam 3, 4 langkah...
itulah kata Mak Yang
yang sedihnya Ummie xdpt lg tengok izzat berjalan
Ummie masih lagi kat Upsi
xdpt balik lg.. assignment banyak sangat nak dibuat.
Abang Long sngat excited bila citer ngan ummie, adik dh berjalan...
semua orang dh tgk, ummie jer lom lg....
Ummie terlepas langkah pertama Izzat...huhuhu...