Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan didik
bagi mengembangkan sahsiah, potensi dan kecerdasan mereka
agar dapat menguasai
kemahiran berkomunikasi, awal literasi, awal matematik, pemikiran logik dan
pengetahuan asas tentang dunia persekitaran,
disamping kemahiran mengurus diri, dan amalan nilai-nilai murni
agar menjadi individu yang bersahsiah mulia, berdikari, berintelek tinggi, patriotik dan
dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi moden dan
persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan antarabangsa.
Usaha ini memerlukan komitmen dan kolaborasi
antara pendidik, ibubapa dan komuniti kerana
setiap kanak-kanak umpama permata yang tidak ternilai harganya.
No comments:
Post a Comment