- Perlembagaan bertujuan menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip umum tentang cara kuasa tersebut dilaksanakan.
- Perlembagaan menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang ramai. Perlembagaan menentukan hak asasi orang ramai seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
- Perlembagaan menentukan tanggungjawab penduduk dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang melayu dengan bumiputra Sabah Sarawak yang tidak bleh dipersoalkan dan penting bagi mengelakkan perseketaan kaum.
- Perlembagaan memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara, melindungi kepentingan semua kaum serta menjamin keadilan sosial antara kaum. Ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.
Monday, 19 November 2012
kepentingan Perlembagaan
Beberapa kepentingan Perlembagaan ialah:-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment