Friday, 9 November 2012

Perlembagaan


Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.
Ianya merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada
2 dokumen sebelumnya iaitu :-
  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan
nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956.
Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan.

Pada umumnya terdapat beberapa ciri penting
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Antara ciri penting Perlembagaan ialah:-
  • Ketua Negara bukan politik yang dinamakan Yang Di Pertuan Agong
  • Badan Perundangan terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Perkhidmatan awam bersifat berkecuali dan badan-badan kehakiman yang bebas.
  • Kedudukan istimewa orang Melayu berasaskan Perkara 153 dan kepentingan sah kaum lain
  • Ditetapkan satu kewargaan untuk kelahiran atau memenuhi keperluan kediaman, bahasa, ikrar dan taat setia.
Rujukan :Pengajian Malaysia dan Kenegaraan, Mohd Kamal Kamaruddin,(2011) Nusamas 
http://pmr.penerangan.gov.my/

No comments:

Post a Comment