Sunday, 26 May 2013

PENJAGAAN MATA KANAK-KANAK (2)

SEMASA MENONTON TELEISYEN DAN KOMPUTER


tengok tv
1. Semasa menonton tv, jarak dari tv adalah 3 meter atau lebih jauh. Jarak yang dicadangkan sepatutnya 5 -7 kali ganda daripada ketinggian skrin tv. Cthnya:

  •  menonton tv berwarna 20 inchi (51 cm) jarak dr tv sepatutnya 3.1 m
  •   menonton tv berwarna 21 inchi (54 cm) jarak dr tv sepatutnya 3.4 m
  •   menonton tv berwarna 25 inchi (64 cm) jarak dr tv sepatutnya 3.8 m
  •   menonton tv berwarna 29 inchi (74 cm) jarak dr tv sepatutnya 4.5 m
  •   menonton tv berwarna 34 inchi (86 cm) jarak dr tv sepatutnya 5.2 m

 2. Semasa menonton tv, kekalkan posisi dan kedudukan yang betul

3. Jangan menonton tv dan komputer melebihi 2 jam secara berterusan. Harus berehat atau melontarkan jauh pandangan selama 10 minit pada setiap 40 minit.


4. Jangan melayari internet tanpa kawalan.

5. Cahaya lampu dalam bilik haruslah sesuai, tidak boleh terlalu terang dan gelap.

6. Kurangkan bermain permainan elektronik.


7. Memilih dan memasang skrin penapis komputer untuk mengasingkan sinaran radioaktif.

8. Jangan menggunakan komputer dalam keadaan gelap dan menggelakkan daripada melayari internet dibawah cahaya matahari terik.

9. Jangan letakkan komputer di hadapan dan dibelakang tingkap.

10. Memandang jauh selama 1 minit selepas melihat skrin komputer selama 20 minit.

11. semasa menggunakan komputer haruslah mengelipkan mata dengan kerap untuk menggelakkan daripada penyakit mata kering.

12. sebaiknya, kurangkan penggunan alat penghawa dingin, letakkan sebesen air untuk mengekalkan kelembapan tertentu di bilik.

13. Kurangkan penggunaan kanta lekap, sebaliknya harus memakai kaca mata.

PENJAGAAN MATA KANAK-KANAK (1)

SEMASA MENULIS ATAU MEMBACA


 

1. jangan membaca buku semasa di dalam kereta atau berbaring, jarak dengan buku dikekalkan antara  30 cm hingga 40 cm

2. Jangan membaca berterusan melebihi 1 jam, berehat selama 5 minit selepas membaca setiap 30 minit.

3.Melindungi mata daripada disinar terus oleh pancaran cahaya matahari atau sinaran.

4.Jangan membaca buku yang bertulisan kurang jelas dan saiz perekataan yang terlalu kecil.

5.  Buku teks yang dibaca jangan diletak dibahagian tepi, jangan membaca dari pandangan serong.

6. Jangan meniarap semasa membaca dan menulis.

7. Membaca dan menulis serta bekerja di persekitaran yang mempunyai cahaya yang mencukupi.

penjagaan lain

1. menjalani pemeriksaan mata pada masa yang ditetapkan.

2. selalu bersenam, menjalankan aktiviti luar selama 1 jam pada setiap hari.

3. sering memandang hutan lipur atau tumbuhan hijau yang berada jauh.

NUTRISI DAN PENJAGAAN MATA KANAK-KANAK

PROTEIN

sumber makanan daripada daging kurang lemak, ikan, udang, susu dan kacang.

VITAMIN A

sumber makanan daripada minyak ikan kod, lobak merah, bayam, tomato, betik, telur kuning, hati ayam

VITAMIN B (1, 2, 3, 5, 6, 7, 9, 12, 13, 15, 17)

sumber makanan daripada susu, telur, bijirin, yis, beras merah, kacang tanah, tauge, prodk buatan kacang, limau, pisang, anggur, buah pear, buah kenari, kastanye (buah berangan), buah kiwi, hati ayam, keju, biji labu, rumpai laut.

buah kenari
buah kastanye (buah berangan)

VITAMIN C

Sumber makanan daripada buahan-buahan yang berwarna hijau tua, kuning kemerahan sperti guava, limau timun, kubis, jujube, tomato, kangkung
buah jujube









 VITAMIN D (KALSIUM)

sumber makanan daripada udang, ikan, tulang haiwan, kombu, kacang soya, sayuran, kacang tanah, limau, oren, kuning telur.
kombu

VITAMIN E 

sumber makanan daripada kekacang seperti buah kenari, badam, minyak sayuran seperti minyak kacang tanah, bibit gandum

KALSIUM

sumber makanan daripada kacang, bayam, kombu, kobis bunga, sup tulang, ikan berkepala besar.

 

DHA

  sumber makanan daripada ikan dilaut seperti tuna, ikan salmon.

ZINK DAN KROMIUM

sumber makanan daripada beras merah, jagung, gula merah, bijirin, kacang panjang, timun, ubi kentang, epal, lobak merah, daging lembu. tiram keju dan telur kuning.

NUTRISI DAN PENJAGAAN MATA KANAK-KANAK

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiAokuPAdxT0YOf3KjVqexzuCT0yPixJm3Zcwhnz-rSfblGo0XPtDnkONfR3D65pywFr11Y_h4NdMtJ6zlQnnc4ORva1hsyl3Yc1SohZBO_kcyClSYpCa5AFii4s8fOc5pXoZxfodz368/s320/eye-glasses1.jpeg
1. Mengamalkan cara pemakanan yang baik, mengambil perhatian terhadap keseimbangan nutrisi dan tidak memilih makanan.

2. Makan makanan yang berkhasiat untuk mata.

3. Makan makanan yang agak pejal, kerana proses menguyah akan dapat meningkatkan tumbesaran penglihatan.

4. Kurangkan makanan yang manis atau mengandungi gula yang agak tinggi, demi menggelakkan kelemahan retina dan pertumbuhan saraf penglihatan.

5. Jauhi makanan yang pedas dan merangsang deria seperti cili, bawang putih dan sebagainya.

6. Minum air yang dibancuh dengan wolfberry dan bunga kekwa kuning kerana ianya berkhasiat kepada mata.

MATA MERAH / RED EYE (CONJUNCTIVITIS)

MATA MERAH / RED EYE 
(CONJUNCTIVITIS)

sebab-sebabnya:

1. Dijangkiti oleh bakteria atau virus.

simpton:

1. Kelopak mata merah dan bengkak, terasa adan benda asing dalam mata, rembesan bertambah, mata gatal dan sakit, air mata meleleh, silau terhadap cahaya dan lain-lain.

Cara rawatan:

1. Pesakit mesti dikuarantin, alat-alat basuh muka dan baju harus dibasmi kuman atau jemur sehingga kering.

2. Kurangkan menggosok  mata dan jangan berenang.

3. Menjaga kesihatan individu, sering mencuci tangan.

4. Menitis ubat mata mengikut arahan doktor.

5. Terdapat bengkak di kelopak mata dan konjungtiva. Gunakan kain sejuk menutupkan bahagian bengkak untuk menyelesakan bahagian bengkak setiap 3 kali sehari selama 20 minit.

6. Jangan sesekali menutup mata untuk mengelakkan penyakit bertambah serius.

7. Sebaik-baiknya rehat di rumah, utamakan kebersihan tangan, menguruskan rembsan secara teliti.

pengetahuan am.

Penyakit mata merah biasnya disebabkan oleh virus. Simpton penyakit akan hilang dalam masa kira-kira 20 hari, mesti menerima rawtan doktor.


MATA KERING (DRY EYE)

MATA KERING (DRY EYE)

Sebab-sebabnya:

1. Kekurangan vitamin A

2.Memandang skrin komputer terlalu lama akan mengakibatkan kelipan mata berkurang, akhirya menyebabkan air di permukaan mata meresap dengan cepat.

3. Memakai kanta lekap sepanjang masa.

4. Berada di persekitaran yang kering sepanjang tahun, seperti bilik berhawa dingin.

simpton:

1. sering mengelip mata atau mengosok mata.

2. Kekeringan dan mata berasa tidak selesa, tahi mata yang lebih, mata terasa gatal, mata merah dan sensitif kepada cahaya.

3. Sakit kepala, mata letih dan susah menupukan perhatian.

cara rawatan:

1. Menitis ubat mata mengikut arahan doktor.

2. Kerap mengelipkan mata.

3. 3 langkah menjaga kelopak mata: menutup mata dengan tuala panas, mengurut, megelap dan membersihkan mata. Setiap  langkah ambil masa kira-kira 1 minit.

ASTIGMATISME (ASTIGMATISM)

ASTIGMATISME (ASTIGMATISM)

sebab-sebabnya:

1.Disebabkan oleh bentuk kornea yang tidak normal sejak lahir atau perbezaan radian kornea.

2. Astigmatisme juga berlaku apabila kelopak  mata menekan kornea, juga akan mengakibatkan astigmatisme
 bertambah teruk.

3. Mengadap komputer, televisyen atau pantulan cahaya yang tidak sesuai dalam jangka panjang, mungkin akan memburukkan lagi keadaan astigma.

simpton:

1. Kabur semasa melihat objek jauh dan dekat, malah seakan-akan terdapat bayangan yang bertindih.

2. Menjejaskan penglihatan.

3. Kesukaran membezakan objek-objek abjad dan huruf.

4. Setelah melihat objek dengan lama, mungkin akan muncul gejala seperti sakit kepala dan mata berasa letih.

Cara rawatan:

1. Sesiapa yang mempunyai masalah astigmatisme, mestilah memakai kaca mata pembetulan.

MATA PASIR (ROUGH EYE)

MATA PASIR (ROUGH EYE)

Sebab-sebanya:

1. Biasanya disebabkan oleh alahan dan pencemaran alam persekitaran.

Simpton:

1. Terdapat folikel yang berbentuk pasir dalam kelopak mata.

2. bahagian mata berasa gatal, terasa ada benda asing dan berasa kekeringan.

3. Selalu mengelip mata, air mata mengalir dan terdapat rembesan dalam mata.

Cara rawatan:

Mesti mengikut arahan doktor pakar mata apabila menggunakan ubat titis mata untuk rawatan mata.

Saturday, 25 May 2013

RABUN DEKAT / HYPEROPIA (LONG-SIGHTED)

RABUN DEKAT 
HYPEROPIA (LONG-SIGHTED)

sebab-sebabnya:

1. Bola mata membesar secar tidak normal, iaitu saiznya lebih pendek berbanding dengan orang biasa.

 

simpton:

1. tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas, tetap dapat melihat objek jauh dengan jelas. Kadang-kadang penglihatan jadi kabur seperti terdapat bayang bertindih tanpa mengira objek jauh atau dekat.

2. Mengecilkan mata apabila melihat objek dekat.

3. mata mudah berasa letih.

4. tulisan kelihatan kabur selepas membaca dan menulis dalam jangka masa panjang.

5. Mata sakit sehingga mengalir air mata, pada masa yng sama, kepala terasa pening dan ingin muntah.

Cara rawatan:

1. Kanak-kanak dibawah umur 7 tahun ada rabun dekat yang kuasa rendah, perlu menerima rawatan dari pakar mata.

2. Setelah disahkan ada rabun dekat, mesti ikut arahan doktor, memakai cermin mata dan menjalani pemeriksaan tetap.

3. Rabun dekat yang kuasanya tinggi jika tidak dirawat boleh menyebabkan mata malas. Ia masih dapat diperbaiki dengan rawatan dan preskripsi doktor.

4.Jika mata masih malas, boleh menutup mata yang lebih tajam untuk beberapa sesi, supaya merangsang mata malas berfungsi. Perlu dapatkan nasihat doktor untuk melakukan latihan ini.

RABUN JAUH / SHORT-SIGHTED (MYOPIA)

RABUN JAUH
SHORT-SIGHTED (MYOPIA)

Sebab-sebabnya:

1. Kedua-dua ibubapa adalah penghidap rabun jauh.

2. posisi yang tidak betul semasa membaca buku dan menulis, ketinggian meja dan kerusi yang tidak sesuai dan keadaan cahaya di dalam bilik darjah serta jangkamasa pembelajaran yang panjang, mengakibatkan keletihan penglihatan lalu menyebabkan penyakit ini.

simpton:

1. Jelas apabila melihat dari jarak dekat, tetapi kabur apabila melihat dari jarak jauh.

2. Selalu mengecilkan mata semasa melihat objek jauh.

3. Selalu menonton tv dengan jarak yang dekat.

Cara rawatan:

1. Memakai cermin mata yang tepat.

2. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah tidak sesuai menjalani rawatan Lasik.

pengetahuan am:

Ibubapa selalu menganggap bahawa anak mereka memakai cermin mata akan menjejaskan penglihatannya, namun anggapan ini adalah salah. Masalah rabun jauh hanya boleh diperbetulkan dengan memakai cermin mata yang tepat.

MATA JULING / SQUINT (COCK EYE)

MATA JULING 

SQUINT (COCK EYE)

sebab-sebabnya:

1. Diwarisi daripada keluarga atau berlakunya kecederaan semasa dilahirkan.

2. Penglihatan sebelah mata lemah mengakibatkan  kedua-dua mata tidak dapat memandang sesuatu objek.

3. Ia mungkin disebabkan oleh kecederaan kemalangan.

Simpton:

1. Berasa silau dan terpaksa menutup satu mata semasa dibawah cahaya matahari.

2. Penglihatan kurang baik, kemungkinan menyengetkan kepala untuk melihat objek.


Cara rawatan:

1. Memakai cermin mata yang tepat. Memeriksa mata setiap kali setiap setengah tahun atau setahun sekali.

2. Menjalani latihan penglihatan mengikut arahan doktor.

MATA MALAS / PENGLIHATAN LEMAH / AMBLYOPIA (LAZY EYE)

MATA MALAS (PENGIHATAN LEMAH)
AMBLYOPIA (LAZY EYE)

sebab-sebabnya:

1. ibubapa mempunyai masalah rabun jauh, malah kekurangan nutrien semasa mengandung yang mugkin mempengaruhi pertumbuhan mata fetus.

2. Saraf mata kanak-kanak tidak memperolehi ransangan yang mencukupi untuk pengumpulan imej jelas lalu menjejaskan kemampuan untuk membezakan sesuatu sejak kecil lagi.

3. Kemungkinan disebabkan oleh sebelah mata menghidap  penglihatan senget.

simpton;

1. Sebelah mata tidak dapat melihat dengan jelas, manakala mata yang sebelah pula dapat melihat dengan jelas. Selalu menggunakan sebelah mata untuk melihat sesuatu.

2.Penglihatan dimensi lemah, contohnya tadak dapat menganggarkan jarak dengan tepat apabila turun tangga.

3. melihat sesuatu dengan pandangan senget, menyeangetkan kepala dan mengecilkan mata.

4. Selalu condong ke hadapan semasa membaca buku atau meonoton televisyen, tindakbalas terhadap objek yang terletak pada jarak jauh lambat.

5. Kemampuan mempelajari sesuatu lemah, selalu menggosok dan mengelipkan mata.

cara rawatan:

1. Salah satu cara rawatan adalah dengan menutup mata  yang berpenglihatan lebih sihat dengan penutup mata pada masa yang tetap setiap hari, supaya menggalakkan tumbesaran pada mata yang berpenglihatan kurang baik.Menjalankan pemeriksaan penglihatan pada setiap bulan. Perlu  mengikut nasihat pakar rawatan mata malas.

2. Memakai cermin mata dapat membetulkan masalah fokus atau membantu mengurangkan pertindihan imej.

3. Dicadangkan menjalani latihan penglihatan yang sesuai untuk merangsangkan penglihatan. Contohnya memasukkan benang merah ke dalam lubang jarum, menyulam, melakar gambar, melukis, menulis kaligrafi dan lain2. Latihan penglihatan perlu dijalankan menggunakan mata yang lemah penglihatan (mata yang tajam penglihatan dikatup), 3-4 kali sehari, setiap kali lebih kurang 5-10 minit.

File:Child eyepatch.jpg
 seorang kanak-kanak memakai penutup mata (eyepatch)
bagi memperbetulkan masalah amblyopia

pengetahuan am:


kanak-kanak yang berpenglihatan lemah perlu menerima rawatan awal. Menjalani rawatan sebelum usia 7 tahun paling berkesan.


http://drhalizamutalib.blogspot.com/2012/09/penyakit-mata-kanak-kanak-ramai-yang.html