Saturday, 25 May 2013

MATA MALAS / PENGLIHATAN LEMAH / AMBLYOPIA (LAZY EYE)

MATA MALAS (PENGIHATAN LEMAH)
AMBLYOPIA (LAZY EYE)

sebab-sebabnya:

1. ibubapa mempunyai masalah rabun jauh, malah kekurangan nutrien semasa mengandung yang mugkin mempengaruhi pertumbuhan mata fetus.

2. Saraf mata kanak-kanak tidak memperolehi ransangan yang mencukupi untuk pengumpulan imej jelas lalu menjejaskan kemampuan untuk membezakan sesuatu sejak kecil lagi.

3. Kemungkinan disebabkan oleh sebelah mata menghidap  penglihatan senget.

simpton;

1. Sebelah mata tidak dapat melihat dengan jelas, manakala mata yang sebelah pula dapat melihat dengan jelas. Selalu menggunakan sebelah mata untuk melihat sesuatu.

2.Penglihatan dimensi lemah, contohnya tadak dapat menganggarkan jarak dengan tepat apabila turun tangga.

3. melihat sesuatu dengan pandangan senget, menyeangetkan kepala dan mengecilkan mata.

4. Selalu condong ke hadapan semasa membaca buku atau meonoton televisyen, tindakbalas terhadap objek yang terletak pada jarak jauh lambat.

5. Kemampuan mempelajari sesuatu lemah, selalu menggosok dan mengelipkan mata.

cara rawatan:

1. Salah satu cara rawatan adalah dengan menutup mata  yang berpenglihatan lebih sihat dengan penutup mata pada masa yang tetap setiap hari, supaya menggalakkan tumbesaran pada mata yang berpenglihatan kurang baik.Menjalankan pemeriksaan penglihatan pada setiap bulan. Perlu  mengikut nasihat pakar rawatan mata malas.

2. Memakai cermin mata dapat membetulkan masalah fokus atau membantu mengurangkan pertindihan imej.

3. Dicadangkan menjalani latihan penglihatan yang sesuai untuk merangsangkan penglihatan. Contohnya memasukkan benang merah ke dalam lubang jarum, menyulam, melakar gambar, melukis, menulis kaligrafi dan lain2. Latihan penglihatan perlu dijalankan menggunakan mata yang lemah penglihatan (mata yang tajam penglihatan dikatup), 3-4 kali sehari, setiap kali lebih kurang 5-10 minit.

File:Child eyepatch.jpg
 seorang kanak-kanak memakai penutup mata (eyepatch)
bagi memperbetulkan masalah amblyopia

pengetahuan am:


kanak-kanak yang berpenglihatan lemah perlu menerima rawatan awal. Menjalani rawatan sebelum usia 7 tahun paling berkesan.


http://drhalizamutalib.blogspot.com/2012/09/penyakit-mata-kanak-kanak-ramai-yang.html 

No comments:

Post a Comment