Thursday, 26 December 2013

Thailand

Abelong dh sampai ke Thailand..
 Citer lama cuma ummie baru nak update kat blog..
okey ajer kan...
Ikut Ayah cik , nenek dan atuk ke Perlis kendur kahwin kawan Ayah Cik..
pah tu terus ke Thailand..
abelong, syafiq dan kawan ayah cik (pak cik ijat)

welcome to thailand

bergambar depan bas dan beskel thailand..

Monday, 23 December 2013

Pic Sem 5

Pic kami dalam 
Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak 
Bagi PM TASKA KEMAS - UPSI KOHORT 4 
(Sem 5) Semester 1 2014/2015 (Pelajar Kumpulan A)
17 November 2013 - 19 Disember 2013



BIG BOOK

BIG BOOK

Kursus KAH 1043 English For Young Learnes kali inie memerlukan membuat Big Book
huhuhu... pening gak memikirkan idea nk wat buku camner...
 tapi ini adalah antaranya
 okey tak...
nie Big Book kawan ummie
tajuk Big Book kump ummie ( i went walking)

prsentation day... final touch.. huhuhu

watak atau ABM yang ummie gunakan

k'wan tengah buat final touch pada our Big Book

persembahan rakan-rakan

persembahan rakan-rakan lagi


Dr intan Shafinaz, lecturer bagi subjek ini

close up Dr Intan

ummie and the group. dh selesai present

Studio muzik

En Azam telah membawa kami melawat studio muziknyer... seronok sesangat sebab bukan semua orang yang berpeluang boleh melawat studio muzik niehh.. kecuali student yang ambil muzik sahaja.. dan kami nie dikira yang TERPILIH dibawa melawat studio muzinyer...


kengkawan tengah ambik gambo student upsi berlatih tarian (dalam kelas Tarian)

say PEACEEE dalam studio rakaman

dalam studio rakaman gak

aksi nak merakam lagu... (Along Toriah dan Rocky)

En Azam Dungun





dalam bilik tarian

di studio rakaman. Ummie tak rakam lagu pun.. malu kihkihkih..
mencuba piano.. beso ya amat..
mencuba keyboard.. macam pandai.. :)

senyum... dengo taklimat dari en azam.. sempat lg posing

Sunday, 22 December 2013

hari pertama di upsi

hari pertama di upsi. dah masuk sem 5 bersama rakan-rakan di sem 5

Friday, 1 November 2013

Handset baru???

Handset Baru???
ermmm.. perlu ker???
kebanyakan orang dh pakai henset touch skrin...
ummie jer yg still pakai henset nokia 3310...
atuk pun pakai touch skrin...
en hubby pun...
kekadang memikionyer teringin gak...
tetapi mengenangkan benda tu mahal..
terasa sayang lak duit ..cam membazir jer...
tp ianya seolah2 satu keperluan lak...
iyelh nk wassaup dan tahu maklumat terkini...
tak nk ler jd orang yg buta IT dan ketinggalan zaman...
iye ker????
in sha allah akan ader juga...
cuma tunggu masa jer...
ader ke org yg nak sponsor ummie niek...
merayu ngan cik hubby je lah...
nk ke dia belikan...
ermmmmmmm..

memandu ke pejabat??

memandu ke pejabat????
boleh ker ummie memandu ke pajabt..
huhuhu... en hubby selalu outstation so... ummie terpaksa memandu keseorangan ke
pejabat...
takut gak memandu keseorangan walaupun di tengah bandar..
ummie sebenarnya lebih suka klu ader
seorang driver ngeee...(en Hubby)
boleh sembang2...
citer hal anak2..
citer hal masa depan..
dan macam2 lg lah...
masa berdua2 inilah kami nk berbual ringan...
meraptkan lg hubungan sesama suami dan isteri...
hEHEHEHEHE....




Friday, 11 October 2013

alam Baru

oktober....
ummie baru menulis semula...
dh lama tak menulis...
sibuk skit..
ummie sekarang dh dok kt pejabat..
ummie dh tak jaga TASKA lagi... huhuhu..
tak tahulah nk cakap tentang perasaan ummie bila di pejabat..
Kata Penyelia..." hidup perlukan perubahan, dan anggap lah ini sebagai satu perubahan dalam hidup.."

ermmm... ye ker?
harap2 perubahan ini akan membawa satu kebaikan kepada ummie..
bukan untuk ummie saja.. tetapi untuk anak2 dan keluarga..
dan juga kengkawan ummie...

Monday, 24 June 2013

UPSI SEM 4

KOHORT 4 (SEM 4)

SESI 2013/14

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (UPSI-KEMAS)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

23 JUN - 25 HULAI 2013


Kursus :

KAI 1043

Bermain Sebagai Pedagogi Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pensyarah : En Abu Bakar B Yusuff

KAW 1043

Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas


KAQ 1033

Persekitaran Pembelajaran Yang reponsif Untuk Bayi dan kanak-kanak


KAX 1023

Rekabentuk Ruang, peralatan dan permainan


UPSI SEM 4

Hari nie dh bermula episod baru...
UPSI SEM 4 dh 4 sem ummie belajar di UPSI
Bermula 23 Jun - 25 Julai 2013..
kali nie kena lak dalam bula puasa..
huhuhuhu... sediy nyer ati...
iyelah tinggalkan anak2 yag baru nak belajar puasa
camner lah cik hubby nk jaga mereka..
nk kejutkan mereka bangun sahur..
nak masak tuk mereka...
 ciannyer anak2 ummie...
 mesti ade kes tak bangun sahur.
Ummie cuma harap agar semuanyer berjalan dengan lancar..
cik hubby boleh uruskan anak2..
terima kasih buat semuanyer...
Juga buat Mok Dhe yang terpaksa uruskan anak2 ummie
balik dari sekolah dan nk ke Fardu Ain..
Terima kasih tak terhingga..
Juga buat nenek dan atok yg terpaksa jaga Izzat 
sambil menguruskan tapak bazzar ramadhan (jual pulut panggang)
Juga buat Mak Yang yg terpaksa arrange blik jadual kerja
bg menjaga anak2 ummie..
Ummie bersyukur sesangat kerana dikelilingi oleh org2 yang
sangat menyayangi dan memahami ummie.
terima kasih kerana rela berkorban untk ummie..
terima kasih..

Sunday, 26 May 2013

PENJAGAAN MATA KANAK-KANAK (2)

SEMASA MENONTON TELEISYEN DAN KOMPUTER


tengok tv
1. Semasa menonton tv, jarak dari tv adalah 3 meter atau lebih jauh. Jarak yang dicadangkan sepatutnya 5 -7 kali ganda daripada ketinggian skrin tv. Cthnya:

  •  menonton tv berwarna 20 inchi (51 cm) jarak dr tv sepatutnya 3.1 m
  •   menonton tv berwarna 21 inchi (54 cm) jarak dr tv sepatutnya 3.4 m
  •   menonton tv berwarna 25 inchi (64 cm) jarak dr tv sepatutnya 3.8 m
  •   menonton tv berwarna 29 inchi (74 cm) jarak dr tv sepatutnya 4.5 m
  •   menonton tv berwarna 34 inchi (86 cm) jarak dr tv sepatutnya 5.2 m

 2. Semasa menonton tv, kekalkan posisi dan kedudukan yang betul

3. Jangan menonton tv dan komputer melebihi 2 jam secara berterusan. Harus berehat atau melontarkan jauh pandangan selama 10 minit pada setiap 40 minit.


4. Jangan melayari internet tanpa kawalan.

5. Cahaya lampu dalam bilik haruslah sesuai, tidak boleh terlalu terang dan gelap.

6. Kurangkan bermain permainan elektronik.


7. Memilih dan memasang skrin penapis komputer untuk mengasingkan sinaran radioaktif.

8. Jangan menggunakan komputer dalam keadaan gelap dan menggelakkan daripada melayari internet dibawah cahaya matahari terik.

9. Jangan letakkan komputer di hadapan dan dibelakang tingkap.

10. Memandang jauh selama 1 minit selepas melihat skrin komputer selama 20 minit.

11. semasa menggunakan komputer haruslah mengelipkan mata dengan kerap untuk menggelakkan daripada penyakit mata kering.

12. sebaiknya, kurangkan penggunan alat penghawa dingin, letakkan sebesen air untuk mengekalkan kelembapan tertentu di bilik.

13. Kurangkan penggunaan kanta lekap, sebaliknya harus memakai kaca mata.

PENJAGAAN MATA KANAK-KANAK (1)

SEMASA MENULIS ATAU MEMBACA


 

1. jangan membaca buku semasa di dalam kereta atau berbaring, jarak dengan buku dikekalkan antara  30 cm hingga 40 cm

2. Jangan membaca berterusan melebihi 1 jam, berehat selama 5 minit selepas membaca setiap 30 minit.

3.Melindungi mata daripada disinar terus oleh pancaran cahaya matahari atau sinaran.

4.Jangan membaca buku yang bertulisan kurang jelas dan saiz perekataan yang terlalu kecil.

5.  Buku teks yang dibaca jangan diletak dibahagian tepi, jangan membaca dari pandangan serong.

6. Jangan meniarap semasa membaca dan menulis.

7. Membaca dan menulis serta bekerja di persekitaran yang mempunyai cahaya yang mencukupi.

penjagaan lain

1. menjalani pemeriksaan mata pada masa yang ditetapkan.

2. selalu bersenam, menjalankan aktiviti luar selama 1 jam pada setiap hari.

3. sering memandang hutan lipur atau tumbuhan hijau yang berada jauh.

NUTRISI DAN PENJAGAAN MATA KANAK-KANAK

PROTEIN

sumber makanan daripada daging kurang lemak, ikan, udang, susu dan kacang.

VITAMIN A

sumber makanan daripada minyak ikan kod, lobak merah, bayam, tomato, betik, telur kuning, hati ayam

VITAMIN B (1, 2, 3, 5, 6, 7, 9, 12, 13, 15, 17)

sumber makanan daripada susu, telur, bijirin, yis, beras merah, kacang tanah, tauge, prodk buatan kacang, limau, pisang, anggur, buah pear, buah kenari, kastanye (buah berangan), buah kiwi, hati ayam, keju, biji labu, rumpai laut.

buah kenari
buah kastanye (buah berangan)

VITAMIN C

Sumber makanan daripada buahan-buahan yang berwarna hijau tua, kuning kemerahan sperti guava, limau timun, kubis, jujube, tomato, kangkung
buah jujube









 VITAMIN D (KALSIUM)

sumber makanan daripada udang, ikan, tulang haiwan, kombu, kacang soya, sayuran, kacang tanah, limau, oren, kuning telur.
kombu

VITAMIN E 

sumber makanan daripada kekacang seperti buah kenari, badam, minyak sayuran seperti minyak kacang tanah, bibit gandum

KALSIUM

sumber makanan daripada kacang, bayam, kombu, kobis bunga, sup tulang, ikan berkepala besar.

 

DHA

  sumber makanan daripada ikan dilaut seperti tuna, ikan salmon.

ZINK DAN KROMIUM

sumber makanan daripada beras merah, jagung, gula merah, bijirin, kacang panjang, timun, ubi kentang, epal, lobak merah, daging lembu. tiram keju dan telur kuning.

NUTRISI DAN PENJAGAAN MATA KANAK-KANAK

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiAokuPAdxT0YOf3KjVqexzuCT0yPixJm3Zcwhnz-rSfblGo0XPtDnkONfR3D65pywFr11Y_h4NdMtJ6zlQnnc4ORva1hsyl3Yc1SohZBO_kcyClSYpCa5AFii4s8fOc5pXoZxfodz368/s320/eye-glasses1.jpeg
1. Mengamalkan cara pemakanan yang baik, mengambil perhatian terhadap keseimbangan nutrisi dan tidak memilih makanan.

2. Makan makanan yang berkhasiat untuk mata.

3. Makan makanan yang agak pejal, kerana proses menguyah akan dapat meningkatkan tumbesaran penglihatan.

4. Kurangkan makanan yang manis atau mengandungi gula yang agak tinggi, demi menggelakkan kelemahan retina dan pertumbuhan saraf penglihatan.

5. Jauhi makanan yang pedas dan merangsang deria seperti cili, bawang putih dan sebagainya.

6. Minum air yang dibancuh dengan wolfberry dan bunga kekwa kuning kerana ianya berkhasiat kepada mata.

MATA MERAH / RED EYE (CONJUNCTIVITIS)

MATA MERAH / RED EYE 
(CONJUNCTIVITIS)

sebab-sebabnya:

1. Dijangkiti oleh bakteria atau virus.

simpton:

1. Kelopak mata merah dan bengkak, terasa adan benda asing dalam mata, rembesan bertambah, mata gatal dan sakit, air mata meleleh, silau terhadap cahaya dan lain-lain.

Cara rawatan:

1. Pesakit mesti dikuarantin, alat-alat basuh muka dan baju harus dibasmi kuman atau jemur sehingga kering.

2. Kurangkan menggosok  mata dan jangan berenang.

3. Menjaga kesihatan individu, sering mencuci tangan.

4. Menitis ubat mata mengikut arahan doktor.

5. Terdapat bengkak di kelopak mata dan konjungtiva. Gunakan kain sejuk menutupkan bahagian bengkak untuk menyelesakan bahagian bengkak setiap 3 kali sehari selama 20 minit.

6. Jangan sesekali menutup mata untuk mengelakkan penyakit bertambah serius.

7. Sebaik-baiknya rehat di rumah, utamakan kebersihan tangan, menguruskan rembsan secara teliti.

pengetahuan am.

Penyakit mata merah biasnya disebabkan oleh virus. Simpton penyakit akan hilang dalam masa kira-kira 20 hari, mesti menerima rawtan doktor.


MATA KERING (DRY EYE)

MATA KERING (DRY EYE)

Sebab-sebabnya:

1. Kekurangan vitamin A

2.Memandang skrin komputer terlalu lama akan mengakibatkan kelipan mata berkurang, akhirya menyebabkan air di permukaan mata meresap dengan cepat.

3. Memakai kanta lekap sepanjang masa.

4. Berada di persekitaran yang kering sepanjang tahun, seperti bilik berhawa dingin.

simpton:

1. sering mengelip mata atau mengosok mata.

2. Kekeringan dan mata berasa tidak selesa, tahi mata yang lebih, mata terasa gatal, mata merah dan sensitif kepada cahaya.

3. Sakit kepala, mata letih dan susah menupukan perhatian.

cara rawatan:

1. Menitis ubat mata mengikut arahan doktor.

2. Kerap mengelipkan mata.

3. 3 langkah menjaga kelopak mata: menutup mata dengan tuala panas, mengurut, megelap dan membersihkan mata. Setiap  langkah ambil masa kira-kira 1 minit.

ASTIGMATISME (ASTIGMATISM)

ASTIGMATISME (ASTIGMATISM)

sebab-sebabnya:

1.Disebabkan oleh bentuk kornea yang tidak normal sejak lahir atau perbezaan radian kornea.

2. Astigmatisme juga berlaku apabila kelopak  mata menekan kornea, juga akan mengakibatkan astigmatisme
 bertambah teruk.

3. Mengadap komputer, televisyen atau pantulan cahaya yang tidak sesuai dalam jangka panjang, mungkin akan memburukkan lagi keadaan astigma.

simpton:

1. Kabur semasa melihat objek jauh dan dekat, malah seakan-akan terdapat bayangan yang bertindih.

2. Menjejaskan penglihatan.

3. Kesukaran membezakan objek-objek abjad dan huruf.

4. Setelah melihat objek dengan lama, mungkin akan muncul gejala seperti sakit kepala dan mata berasa letih.

Cara rawatan:

1. Sesiapa yang mempunyai masalah astigmatisme, mestilah memakai kaca mata pembetulan.

MATA PASIR (ROUGH EYE)

MATA PASIR (ROUGH EYE)

Sebab-sebanya:

1. Biasanya disebabkan oleh alahan dan pencemaran alam persekitaran.

Simpton:

1. Terdapat folikel yang berbentuk pasir dalam kelopak mata.

2. bahagian mata berasa gatal, terasa ada benda asing dan berasa kekeringan.

3. Selalu mengelip mata, air mata mengalir dan terdapat rembesan dalam mata.

Cara rawatan:

Mesti mengikut arahan doktor pakar mata apabila menggunakan ubat titis mata untuk rawatan mata.

Saturday, 25 May 2013

RABUN DEKAT / HYPEROPIA (LONG-SIGHTED)

RABUN DEKAT 
HYPEROPIA (LONG-SIGHTED)

sebab-sebabnya:

1. Bola mata membesar secar tidak normal, iaitu saiznya lebih pendek berbanding dengan orang biasa.

 

simpton:

1. tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas, tetap dapat melihat objek jauh dengan jelas. Kadang-kadang penglihatan jadi kabur seperti terdapat bayang bertindih tanpa mengira objek jauh atau dekat.

2. Mengecilkan mata apabila melihat objek dekat.

3. mata mudah berasa letih.

4. tulisan kelihatan kabur selepas membaca dan menulis dalam jangka masa panjang.

5. Mata sakit sehingga mengalir air mata, pada masa yng sama, kepala terasa pening dan ingin muntah.

Cara rawatan:

1. Kanak-kanak dibawah umur 7 tahun ada rabun dekat yang kuasa rendah, perlu menerima rawatan dari pakar mata.

2. Setelah disahkan ada rabun dekat, mesti ikut arahan doktor, memakai cermin mata dan menjalani pemeriksaan tetap.

3. Rabun dekat yang kuasanya tinggi jika tidak dirawat boleh menyebabkan mata malas. Ia masih dapat diperbaiki dengan rawatan dan preskripsi doktor.

4.Jika mata masih malas, boleh menutup mata yang lebih tajam untuk beberapa sesi, supaya merangsang mata malas berfungsi. Perlu dapatkan nasihat doktor untuk melakukan latihan ini.

RABUN JAUH / SHORT-SIGHTED (MYOPIA)

RABUN JAUH
SHORT-SIGHTED (MYOPIA)

Sebab-sebabnya:

1. Kedua-dua ibubapa adalah penghidap rabun jauh.

2. posisi yang tidak betul semasa membaca buku dan menulis, ketinggian meja dan kerusi yang tidak sesuai dan keadaan cahaya di dalam bilik darjah serta jangkamasa pembelajaran yang panjang, mengakibatkan keletihan penglihatan lalu menyebabkan penyakit ini.

simpton:

1. Jelas apabila melihat dari jarak dekat, tetapi kabur apabila melihat dari jarak jauh.

2. Selalu mengecilkan mata semasa melihat objek jauh.

3. Selalu menonton tv dengan jarak yang dekat.

Cara rawatan:

1. Memakai cermin mata yang tepat.

2. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah tidak sesuai menjalani rawatan Lasik.

pengetahuan am:

Ibubapa selalu menganggap bahawa anak mereka memakai cermin mata akan menjejaskan penglihatannya, namun anggapan ini adalah salah. Masalah rabun jauh hanya boleh diperbetulkan dengan memakai cermin mata yang tepat.

MATA JULING / SQUINT (COCK EYE)

MATA JULING 

SQUINT (COCK EYE)

sebab-sebabnya:

1. Diwarisi daripada keluarga atau berlakunya kecederaan semasa dilahirkan.

2. Penglihatan sebelah mata lemah mengakibatkan  kedua-dua mata tidak dapat memandang sesuatu objek.

3. Ia mungkin disebabkan oleh kecederaan kemalangan.

Simpton:

1. Berasa silau dan terpaksa menutup satu mata semasa dibawah cahaya matahari.

2. Penglihatan kurang baik, kemungkinan menyengetkan kepala untuk melihat objek.


Cara rawatan:

1. Memakai cermin mata yang tepat. Memeriksa mata setiap kali setiap setengah tahun atau setahun sekali.

2. Menjalani latihan penglihatan mengikut arahan doktor.

MATA MALAS / PENGLIHATAN LEMAH / AMBLYOPIA (LAZY EYE)

MATA MALAS (PENGIHATAN LEMAH)
AMBLYOPIA (LAZY EYE)

sebab-sebabnya:

1. ibubapa mempunyai masalah rabun jauh, malah kekurangan nutrien semasa mengandung yang mugkin mempengaruhi pertumbuhan mata fetus.

2. Saraf mata kanak-kanak tidak memperolehi ransangan yang mencukupi untuk pengumpulan imej jelas lalu menjejaskan kemampuan untuk membezakan sesuatu sejak kecil lagi.

3. Kemungkinan disebabkan oleh sebelah mata menghidap  penglihatan senget.

simpton;

1. Sebelah mata tidak dapat melihat dengan jelas, manakala mata yang sebelah pula dapat melihat dengan jelas. Selalu menggunakan sebelah mata untuk melihat sesuatu.

2.Penglihatan dimensi lemah, contohnya tadak dapat menganggarkan jarak dengan tepat apabila turun tangga.

3. melihat sesuatu dengan pandangan senget, menyeangetkan kepala dan mengecilkan mata.

4. Selalu condong ke hadapan semasa membaca buku atau meonoton televisyen, tindakbalas terhadap objek yang terletak pada jarak jauh lambat.

5. Kemampuan mempelajari sesuatu lemah, selalu menggosok dan mengelipkan mata.

cara rawatan:

1. Salah satu cara rawatan adalah dengan menutup mata  yang berpenglihatan lebih sihat dengan penutup mata pada masa yang tetap setiap hari, supaya menggalakkan tumbesaran pada mata yang berpenglihatan kurang baik.Menjalankan pemeriksaan penglihatan pada setiap bulan. Perlu  mengikut nasihat pakar rawatan mata malas.

2. Memakai cermin mata dapat membetulkan masalah fokus atau membantu mengurangkan pertindihan imej.

3. Dicadangkan menjalani latihan penglihatan yang sesuai untuk merangsangkan penglihatan. Contohnya memasukkan benang merah ke dalam lubang jarum, menyulam, melakar gambar, melukis, menulis kaligrafi dan lain2. Latihan penglihatan perlu dijalankan menggunakan mata yang lemah penglihatan (mata yang tajam penglihatan dikatup), 3-4 kali sehari, setiap kali lebih kurang 5-10 minit.

File:Child eyepatch.jpg
 seorang kanak-kanak memakai penutup mata (eyepatch)
bagi memperbetulkan masalah amblyopia

pengetahuan am:


kanak-kanak yang berpenglihatan lemah perlu menerima rawatan awal. Menjalani rawatan sebelum usia 7 tahun paling berkesan.


http://drhalizamutalib.blogspot.com/2012/09/penyakit-mata-kanak-kanak-ramai-yang.html 

Tuesday, 30 April 2013

KATIL BAYI

Persediaan untuk menyambut kedatangan cahayamata


Sebelum membawa pulang cahayamata dari hospital, 
pastikan rumah kita selamat terlebih dahulu. 
Mulakan dengan langkah-langkah asas dan
 ubah mengikut kesesuaian apabila bayi semakin membesar.


TEMPAT YANG PALING SELAMAT BAGI BAYI TIDUR 
ADALAH DI DALAM KATIL BAYI. 


  Buaian atau kain sarung tidak selamat kerana bayi mudah terjatuh.

Apa yang perlu ibubapa tahu tentang katil bayi.

  • Skru, selak dan kancing mesti dipasang dengan kemas dan betul 
  • supaya katil bayi tidak mudah roboh.



     
  • Pastikan tiada bucu yang tajam atau skru, selak dan kancing yang terdedah yang boleh melukakan bayi atau menyentap pakaian membuatkan bayi tercekik dan mengalami kecederaan

  • Tilam mestilah muat dengan katil. Pastikan ruang kosong di antara tilam dan bahagian tepi katil tidak melebihi dua jari.
  • Ruang antara palang-palang katil bayi tidak lebih dari 6 cm. Jika ruang terlalu besar, bayi boleh terbolos  dan tersangkut antara palang.
  • Palang atas katil bayi adalah yang boleh laras ketinggian mengikut tinggi dan rendah. apabila palang dinaikkan, ianya mestilah berukuran 65 cm dari bahagian bawah tilam bagi mengelakkan bayi dari terjatuh. Apabila palang diturunkan, ia mestilah berukuran sekurang-kurangnya 23 cm dari bahagian bawah tilam.
  • Ketinggian setiap katil bayi seharusnya mempunyai 2 - 3 laras ketinggian yang boleh diubahsuaikan. Mulakan dengan bahagian asas tilam di ketinggian paling tinggi dan rendahkan apabila bayi semakin membesar. Di aras tertinggi, pastikan ukuran dari bahagian atas tilam ke palang atas katil bayi tidak kurang dari 30 cm.
  • Pasang penghalang alas lembut di sekeliling katil bayi dan ikat dengan selamat supaya ia ketat dan tidak mudah tertanggal.
  • Pastikan katil bayi mempunyai cat dan kekemasan yang tidak berbahaya dan tahan lama.
  • jangan guna alas tilam plastik. Ia boleh melekat ke muka bayi dan  menyebabkan lemas.
  • jangan letakkan katil bayi berdekatan dengan tingkap, langsir, lampu, wayar dan peralatan elektrik (spt kipas) atau perabot yang boleh digunakan bayi untuk memanjat keluar.


Tuesday, 23 April 2013

KEPERLUAN KANAK-KANAK

Fields dan Boesser (1994) telah menghuraikan beberapa keperluan kanak-kanak
 yang akan menyebabkan mereka menunjukkan tingkahlaku bermasalah 
sekiranya tidak dipenuhi..

1. Privasi

kanak-kanak inginkan ruang atau kebebasan untuk menyendiri. sperti, mereka ingin bermain atau membaca secara bersendirian.

2. Kuasa

Kanak-kanak juga inginkan kuasa untuk menentukan dirinya sendiri. Seperti, mereka ingin memilih pakaian ke sekolah sendiri .Pemilihan dari segi  makanan dan alatan mainan mereka sendiri.

3. Memiliki barang peribadi.

Kanak-kanak ingin memiliki barang-barang sendiri. Mereka tidak ingin berkongsi dengan orang lain samaada rakan dan juga ahli keluarga

4.Perhatian

Kanak-kanak inginkan perhatian. selalunya meraka akan menangis supaya dapat memberitahu orang tentang keperluan mereka.


5. Penerokan dan cabaran

Kanak-kanak ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka meneroka dunia dan persekitran  disebabkan perasan ingin tahu. Kanak-kanak akan mencuba sesuatu tingklahlaku utnuk melihat kesan daripada tingkahlaku tersebut

6. keselamatan

Keprluan keselamatan yang ingin diperlukan oleh kanak-kanak bukan sahaja dari segi fizikal tetapi emosional. Memalui interaksi, kanak-kanak belajar untuk menghargai dan menerima dirinya sendiri dan orang lain.

7. Kasih sayang dan penerimaan

Kanak-kanak ingin disayangi dan diterima sadanya oleh orang lain. Apabila mereka merasakan  terbiar, mereka akan rasa rendah diri dan sifat kendiri yag negatif akan terbentuk.